Sunday, August 29, 2021

Sahabat Dunia Akhirat

 Salam Sahabat bolgger ciknad yang dirahmati Allah '

Topik hari ni sangat umum iaitu sahabat dunia akhirat. Apa itu shabat dunia akhirat? 

Sahabat dunia akhirat ini adalah shabat yg ada diwaktu kita susah dan senang. 

Islam menyarankan kita memilih sahabat kita, kenapa?

Kerana sahabat kita melambangkan keperibadian diri kita. 

Sepertimana 1 hadis nabi saw 

"Seseorang itu mengikut agama (cara hidup) sahabatnya, oleh kerana itu hendaklah seseorang kamu melihat terlebih dahulu siapakah yang patut dijadikan sahabat."

- Riwayat Abu Dawud, at-tirmizi dan al-baihaqi

Apa itu sahabat yang baik? Sahabat yg baik, adalah sahabat yang sentiasa ada waktu susah dan senang kita. Bukan bermakna peribadi yang sentiasa maksum, tetapi sahabat yang baik itu yang datang dr hati, yang sentiasa mengingati sahabat yg lainnya. 

"Saudaramu yang sebenarnya ialah orang yang selalu menolongmu (diwaktu senang dan susah) dan dia sanggup berkorban kerana memberi manfaat kepadamu, dan dia sanggup memecahkan (menyelerakkan) segala urusannya kerana menolong engkau dalam menghadapi bala dan ujian." 


Share:

0 comments:

Post a Comment